Sunday 7 August 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA ALUMNI @ IFTAR KMPP 2011


Bismillahirrahmanirrahim, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah s.a.w buat sahabat dan seluruh umat yang menyintai baginda.
(^_____^)..Salam sejahtera dan salam ceria buat semua..(^_____^)


Pernah tengok poster kt bawah nie bersepah-sepah di wall facebook?
Anda bertuah kalau pernah tengok..
Lebih bertuah apabila anda adalah salah seorang dari alumni yang memeriahkannya!



Alhamdulillah, pada 6 Ogos 2011 bertempat di Surau An-Nur telah berlangsungnya program pertama Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Pulau Pinang setelah berdaftar secara rasmi di bawah Jabatan Pertubuhan Negeri Pulau Pinang pada 27 Julai 2011. Perancangan tempat asal program adalah di Dewan Al-Farabi walaubagaimanapun telah ditukar ke Surau An-Nur untuk kelancaran tentatif program seterusnya. Sejumlah 76 penyertaan untuk majlis berbuka puasa ini dari batch yang berbeza-beza dari kalangan alumni juga Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sesi 11/12 yang turut berkumpul bersama-sama dalam program tautan hati keranaNya ini.
Tentatif program adalah seperti berikut:
  • 8.00 pagi - 4.30 petang : Pendaftaran
  • 4.30 petang -5.45 petang : Persiapan diri
  • 5.45 petang - 7.30 malam : Pengisian sebelum berbuka puasa
  • 7.30 malam - 8.30 malam : Berbuka puasa, solat, makan
  • 8.30 malam - 9.00 malam :  Circle ukhwah of alumni
  • 9.00 malam - 10.30 malam : Solat Isya' dan tarawih di dataran KMPP
  • 10.30 malam - 11.45malam : Moreh dan Diskusi Alumni
  • 11.45 malam - 4.30 pagi : Khidmat diri
  • 4.30 pagi - 5.40 pagi : Sahur
  • 5.50 pagi - 7.00pagi : Solat subuh dan tadarus
  • 8.30pagi : Check out dari hotel KMPP
Tahniah diucapkan kepada AJK yang bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini seterusnya setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana akhirnya program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan diharapkan agar penyertaan alumni akan terus meningkat untuk program-program persatuan yang akan datang..ukhwah kerana Allah, hati tenang tanpa gundah...=)


.:: Memoirs of Majlis Berbuka Puasa Alumni KMPP ::.

 iron men & iron ladies untuk majlis buka puasa alumni


 
kemain depa sembang na...



 
Detik yang ditunggu orang yang berpuasa adalah ketika berbuka dan saat bertemu Tuhannya
Iftar, hikmah makan dalam talam..=)

 
Circle ukhwah of alumni @ diskusi dan pengenalan


Moreh..Ayuh, tambahkan kesyukuran atas nikmat yang dikurniakan


wajah-wajah alumni

dan bermacam-macam lagi la gelagat depa nie... =D


Pesanan buat semua terutamanya Alumni KMPP -ORI-
Selamat meningkatkan amal ibadah di bulan Ramadhan Kareem
~Moga kita sentiasa dalam rahmat dan keberkatanNya~


-amiin-

2 comments:

  1. omg!!..gambar sya ada...comel sgt..hahaha..tq kak umi n yg lain2 sbb mnjayakn majlis ni dgn jayanya..

    ReplyDelete
  2. wah wah wah.... kemain lagi tuuu..... Miss KMPP la plak.... Taun depan buat lg yerr.... I'll sponsor.... 10 sen... Aci kan?..

    ReplyDelete