Wednesday 14 September 2011

MEMORI HARI TERBUKA AIDILFITRI KMPP 2011

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera buat semua Alumni KMPP (RASMI)

9 September 2011 menyaksikan sekali lagi pertemuan antara Alumni dalam rangka program ke-2 iaitu HARI TERBUKA AIDILFITRI KMPP 2011. Mari kita ikuti kronologi kejayaan program alumni pada hari tersebut.

Kebanyakan alumni tiba pada petang, malam, tengah malam dan berpagi-pagi satu hari sebelum majlis bermula. Pada malam 8 September, bagi alumni yang telah tiba awal bertungkus-lumus membeli barang dan segala persiapan. Sedikit tercabar apabila melihat khemah adik-adik yang mengelilingi dataran telah terhias cantik dan sangat meriah ketika kaki menjejak ke KMPP.

Majlis yang dijangka bermula pada 8.00 pagi hingga 12.00 tengahri.
Ini adalah khemah Alumni pada jam 9.33 pagi!

Kelihatan 3 biji meja dengan lokasi khemah khas alumni 
yang masih sepi di tengah-tengah dataran
Latarbelakang adalah khemah adik-adik yang "keboOmM" dengan perhiasannya
(^____^) - terbaik- (^___^)

Selepas jam 10 pagi, maka berakhirlah penantian, kekosongan dan kesepian khemah Alumni. Walaupun sedikit lewat dalam persiapan tetapi sambutan yang diterima sangat menggalakkan sama ada dari staf mahupun dari adik-adik yang sedang belajar di KMPP.

TadaAaa!!...
Ini dia menu utama yang disediakan di khemah Alumni, Yong Tau Fu dan minuman float.

ada rupa pasar tani tak?ehee...=p
kangkung tu jadi rebutan tau~

Jom, kita tengok lagi!
Memoirs of Open Day Aidilfitri KMPP

Mr.Presiden Mohd Khairul Anwar bersama penasihat utama Alumni YB Datuk Ahmad Mahfuz Najhan
sedang bersantap kambing golek secara berjemaah


Antara barisan tetamu VIP yang hadir ke khemah alumni, 
En.Tajudin bersama isterinya Puan Salbiah

Mereka yang tidak melepaskan peluang bergambar bersama pensyarah En.Fizin..
Nak kenai ka?
Dari kiri asma, syikin, syira dan najwa
muka wajib untuk setiap program alumni..tahniah! 

Kreatifnya adik-adik menghias khemah..=) 


 Yong Tau Fu beratur..glemer u~
sapa nak, sila beratuq dulu naa...
Baju biru tu orang kuat kita, iron man!
Timbalan Presiden Alumni, Mazuan @ Nor Ma


 Nie pun beratuq jugak..ayam golek, kambing golek..
Untuk staf sahaja okeh..Owh, Alumni pun boleh la..
rugi sapa tak merasa..hehe..

 3sekupang..3 sekupang..pilih2!!...ops, gurau ja ceq na..
jangan marah...antara bunga-bunga alumni yang mencantikkan suasana..(^__~)

 segan-segan pulak ye...=)

Bersungguh-sungguh menyediakan float~
Ada alumni jemputan yep..dari matrik labuan lagi..
tercapai juga objektif alumni untuk berprogram "cross matrix"
hehe..


Inilah antara barisan alumni yang hadir..
ada lagi yang hadir tapi tak masuk dalam gambar..
ini tidak adil!
hohoo..tak pa la..datang program alumni akan datang
kita snap gambaq sampai full memory..amacam?(^^,)

Okay, begitulah tamatnya kronologi program ke-2 alumni kali ini..

Walaupun mempunyai perancangan kerja masing-masing  dan juga dalam kekalutan untuk pulang ke kampus tapi itu tidak menjadi penghalang untuk kita semua bersama-sama turun padang memeriahkan dan melaksanakan program alumni. Semoga ketemu lagi dalam program yang akan datang!
 Ceria-ceria selalu! Sekian, wassalam..(^__^)




Saturday 13 August 2011

HARI TERBUKA AIDILFITRI KMPP

KtonG!..ktOnG!..kToNg!!!

Assalamu'alaikum wbt dan Salam sejahtera buat semua.
PENGUMUMAN!

Kepada semua warga ALUMNI KMPP,
Dari batch pertama sampai laaa batch latest nih tak terkecuali..
Sukacita dimaklumkan bahawa Kolej Matrikulasi Pulau Pinang akan mengadakan HARI TERBUKA AIDILFITRI KMPP pada hari JUMAAT bersamaan 11 SYAWAL 14329 SEPTEMBER 2011 bertempat di kolej matrikulasi pilihan pelajar, KMPP!

Alumni juga akan membuka booth pada hari tersebut..Peluang keemasan anda untuk mendapatkan cenderamata ALUMNI di samping menyalurkan sumbangan kepada tabung persatuan bagi menampung keperluan aktiviti yang akan datang.

Mai2...!! Abang2, kakak2, adik kecik, adik besar...!!!
Nak bawak pak ngan mak boleh..kalau boleh tok ngan nek pi sekali..!!
Rugi sangat aaiiihhhh kalau tak mai!(^_______~)

Boleh confirmkan kehadiran anda DI SINI atau respond event melalui Facebook di group ALUMNI KMPP (RASMI).


p/s 1 : Boleh take note dalam planner dah untuk next month event...yeah! alumni berjaya la katekan..(^_^)/

P/S 2 : Wahai sekalian umat Islam yang meraikan kehadiran Ramadhan Kareem, kita sudah memasuki Fasa 2 iaitu fasa keampunan. Ayuh, muhasabah segala kesilapan kita..Mohonlah keampunan dariNya juga bermaafanlah sesama manusia..Tanamkan azam untuk kembali pada fitrah, suci dari noda dan dosa..=)

Sunday 7 August 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA ALUMNI @ IFTAR KMPP 2011


Bismillahirrahmanirrahim, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah s.a.w buat sahabat dan seluruh umat yang menyintai baginda.
(^_____^)..Salam sejahtera dan salam ceria buat semua..(^_____^)


Pernah tengok poster kt bawah nie bersepah-sepah di wall facebook?
Anda bertuah kalau pernah tengok..
Lebih bertuah apabila anda adalah salah seorang dari alumni yang memeriahkannya!



Alhamdulillah, pada 6 Ogos 2011 bertempat di Surau An-Nur telah berlangsungnya program pertama Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Pulau Pinang setelah berdaftar secara rasmi di bawah Jabatan Pertubuhan Negeri Pulau Pinang pada 27 Julai 2011. Perancangan tempat asal program adalah di Dewan Al-Farabi walaubagaimanapun telah ditukar ke Surau An-Nur untuk kelancaran tentatif program seterusnya. Sejumlah 76 penyertaan untuk majlis berbuka puasa ini dari batch yang berbeza-beza dari kalangan alumni juga Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sesi 11/12 yang turut berkumpul bersama-sama dalam program tautan hati keranaNya ini.
Tentatif program adalah seperti berikut:
  • 8.00 pagi - 4.30 petang : Pendaftaran
  • 4.30 petang -5.45 petang : Persiapan diri
  • 5.45 petang - 7.30 malam : Pengisian sebelum berbuka puasa
  • 7.30 malam - 8.30 malam : Berbuka puasa, solat, makan
  • 8.30 malam - 9.00 malam :  Circle ukhwah of alumni
  • 9.00 malam - 10.30 malam : Solat Isya' dan tarawih di dataran KMPP
  • 10.30 malam - 11.45malam : Moreh dan Diskusi Alumni
  • 11.45 malam - 4.30 pagi : Khidmat diri
  • 4.30 pagi - 5.40 pagi : Sahur
  • 5.50 pagi - 7.00pagi : Solat subuh dan tadarus
  • 8.30pagi : Check out dari hotel KMPP
Tahniah diucapkan kepada AJK yang bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini seterusnya setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana akhirnya program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan diharapkan agar penyertaan alumni akan terus meningkat untuk program-program persatuan yang akan datang..ukhwah kerana Allah, hati tenang tanpa gundah...=)


.:: Memoirs of Majlis Berbuka Puasa Alumni KMPP ::.

 iron men & iron ladies untuk majlis buka puasa alumni


 
kemain depa sembang na...



 
Detik yang ditunggu orang yang berpuasa adalah ketika berbuka dan saat bertemu Tuhannya
Iftar, hikmah makan dalam talam..=)

 
Circle ukhwah of alumni @ diskusi dan pengenalan


Moreh..Ayuh, tambahkan kesyukuran atas nikmat yang dikurniakan


wajah-wajah alumni

dan bermacam-macam lagi la gelagat depa nie... =D


Pesanan buat semua terutamanya Alumni KMPP -ORI-
Selamat meningkatkan amal ibadah di bulan Ramadhan Kareem
~Moga kita sentiasa dalam rahmat dan keberkatanNya~


-amiin-

Tuesday 12 July 2011

MAJLIS BUKA PUASA ALUMNI

ALUMNI KMPP AKAN MENGADAKAN MAJLIS BERBUKA PUASA

TEMPAT : DEWAN AL-FARABI, KMPP
TARIKH : 6 OGOS 2011
MASA : 4 P.M. - 12 A.M.
***Bayaran yang dikenakan hanyalah RM30 sekepala (makanan, cenderamata dan penginapan) dan terhad kepada 200 orang sahaja!!!
***Penginapan disediakan bagi yang memerlukan...

sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan 
1) Syahirah Ishak (013-4051753)
2) Syikin Mokhtar Kamal (013-4137968) 

bayaran hendaklah dibuat kepada akaun CIMB alumni di bawah nama bendahari induk alumni kmpp
Intan Liana binti Nordin (013-5990946)
No. Akaun 02120002755203

***sekiranya bayaran telah diselesaikan, sila sms kepada  no. bendahari induk alumni dengan segera untuk menyatakan bayaran telah dibuat atas nama anda!!!




***tarikh tutup memberi nama & bayaran ialah 31 JULAI 2011


Sunday 10 July 2011

Pakej Makan Malam

Pakej yang disediakan untuk alumni KMPP sepanjang program makan malam adalah sebanyak RM60.
Antara yang disediakan di dalam pakej ialah:

1) Makan Malam
2) Baju T-shirt Alumni KMPP (Baju lengan panjang/pendek/muslimah)


*** Setiap tempahan yang anda lakukan, secara langsung anda telah memberi sumbangan kepada tabung Alumni KMPP!!!
*** Tempat duduk adalah terhad kepada 200 sahaja!!! Segeralah membuat tempahan sebelum terlambat!!!
*** Penginapan disediakan!!

Semua Alumni KMPP juga bolehlah sentiasa melihat maklumat terbaru berkenaan majlis makan malam di blog KMPP (RASMI) ini.

untuk membuat tempahan tempat, sila hubungi Unit Perhubungan Luar Majlis Makan Malam ;
1) Hafeedz Hurairah Ahmad Shahbani (013-4427680)
2) Syahirah Ishak (013-4051753)
3) Amirul Anuar (019-4034915)
4) Asri Osman (017-3743138)
5) Fikri Khalid (013-4324587)
6) Syikin Mokhtar Kamal (017-4377235)

tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Ogos 2011.

untuk sebarang pertanyaan sila emel ke : alumnikmpp@gmail.com

bayaran hendaklah dibuat kepada akaun CIMB alumni di bawah nama bendahari induk alumni kmpp
Intan Liana binti Nordin (013-5990946)
No. Akaun 02120002755203

***sekiranya bayaran telah diselesaikan, sila sms kepada  no. bendahari induk alumni dengan segera untuk menyatakan bayaran telah dibuat atas nama anda!!!

Perjalanan Program Makan Malam

Program akan bermula pada awal pagi. Para Alumni yang telah memberi nama kepada Ajk Perhubungan Majlis Makan Malam Alumni KMPP 2011 akan membuat pendaftaran. Bagi meraikan bekas-bekas pelajar KMPP beberapa aktiviti menarik akan di laksanakan pada hari kejadian, antaranya ;

1) "ice breaking"
2) sukaneka
3) Mesyuarat bersama semua Alumni
4) Majlis Makan Malam

Majlis Makan Malam

Jawatankuasa Majlis Makan Malam Alumni KMPP pula telah ditubuhkan bagi menjayakan majlis makan malam yang telah dipersetujui majoriti Ahli Jawatankuasa Induk. Jawatankuasa Majlis Makan Malam ini telah ditubuhkan semasa Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) 2011/2012 (ambilan kedua). Organisasi ini dipimpin oleh Saudara Mohamad Normazuan b Mustafa (07/08).

Tema majlis makan malam pada kali ini adalah :
"Menggamit Nostalgia, Kembali ke Matrikulasi"

Majlis Makan Malam Alumni KMPP 2011 ini akan diadakan pada ;

Tarikh   : 10 September 2011
Masa     : 8.00 pagi - 11.30 malam
Tempat : Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Monday 4 July 2011

Majlis Makan Malam Alumni KMPP 2011


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, ahkirnya blog Alumni KMPP (RASMI) ini dapat di wujudkan. Blog ini adalah medan perantaraan antara alumni untuk mengetahui perkembangan terbaru tentang program-program yang akan dijalankan oleh Jawatankuasa Alumni.

Untuk pengetahuan semua bekas pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, satu Jawatankuasa Induk telah ditubuhkan bagi menggerakkan Alumni KMPP. Jawatankuasa ini telah di tubuhkan semasa Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) sesi 2011/2012 (ambilan pertama). Berhubung dengan penubuhan ini, Ahli Jawatankuasa telah merancang untuk mengumpulkan kembali semua bekas pelajar yang pernah menuntut di KMPP.

Setelah duduk semeja dan berbincang sesama ahli jawatankuasa. Masing-masing sebulat suara untuk mengadakan sebuah majlis makan malam. Majlis makan malam ini adalah program rasmi yang pertama dan julung kali di adakan oleh Alumni KMPP. Selain mengumpulkan kembali semua bekas pelajar KMPP, majlis makan malam kali ini juga bertujuan untuk memperkenalkan Ahli Jawatankuasa Induk Alumni KMPP. selain itu,majlis ini adalah untuk mengumpulkan dana untuk tabung Alumni KMPP yang akan digunakan untuk program-program Alumni KMPP di masa akan datang.





Thursday 23 June 2011

ALUMNI KMPP (RASMI)

Web perantaraan sudah bernyawa, ayuh tebarkan sayap anda ke serata dunia !