Saturday 13 August 2011

HARI TERBUKA AIDILFITRI KMPP

KtonG!..ktOnG!..kToNg!!!

Assalamu'alaikum wbt dan Salam sejahtera buat semua.
PENGUMUMAN!

Kepada semua warga ALUMNI KMPP,
Dari batch pertama sampai laaa batch latest nih tak terkecuali..
Sukacita dimaklumkan bahawa Kolej Matrikulasi Pulau Pinang akan mengadakan HARI TERBUKA AIDILFITRI KMPP pada hari JUMAAT bersamaan 11 SYAWAL 14329 SEPTEMBER 2011 bertempat di kolej matrikulasi pilihan pelajar, KMPP!

Alumni juga akan membuka booth pada hari tersebut..Peluang keemasan anda untuk mendapatkan cenderamata ALUMNI di samping menyalurkan sumbangan kepada tabung persatuan bagi menampung keperluan aktiviti yang akan datang.

Mai2...!! Abang2, kakak2, adik kecik, adik besar...!!!
Nak bawak pak ngan mak boleh..kalau boleh tok ngan nek pi sekali..!!
Rugi sangat aaiiihhhh kalau tak mai!(^_______~)

Boleh confirmkan kehadiran anda DI SINI atau respond event melalui Facebook di group ALUMNI KMPP (RASMI).


p/s 1 : Boleh take note dalam planner dah untuk next month event...yeah! alumni berjaya la katekan..(^_^)/

P/S 2 : Wahai sekalian umat Islam yang meraikan kehadiran Ramadhan Kareem, kita sudah memasuki Fasa 2 iaitu fasa keampunan. Ayuh, muhasabah segala kesilapan kita..Mohonlah keampunan dariNya juga bermaafanlah sesama manusia..Tanamkan azam untuk kembali pada fitrah, suci dari noda dan dosa..=)

Sunday 7 August 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA ALUMNI @ IFTAR KMPP 2011


Bismillahirrahmanirrahim, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah s.a.w buat sahabat dan seluruh umat yang menyintai baginda.
(^_____^)..Salam sejahtera dan salam ceria buat semua..(^_____^)


Pernah tengok poster kt bawah nie bersepah-sepah di wall facebook?
Anda bertuah kalau pernah tengok..
Lebih bertuah apabila anda adalah salah seorang dari alumni yang memeriahkannya!



Alhamdulillah, pada 6 Ogos 2011 bertempat di Surau An-Nur telah berlangsungnya program pertama Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Pulau Pinang setelah berdaftar secara rasmi di bawah Jabatan Pertubuhan Negeri Pulau Pinang pada 27 Julai 2011. Perancangan tempat asal program adalah di Dewan Al-Farabi walaubagaimanapun telah ditukar ke Surau An-Nur untuk kelancaran tentatif program seterusnya. Sejumlah 76 penyertaan untuk majlis berbuka puasa ini dari batch yang berbeza-beza dari kalangan alumni juga Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sesi 11/12 yang turut berkumpul bersama-sama dalam program tautan hati keranaNya ini.
Tentatif program adalah seperti berikut:
  • 8.00 pagi - 4.30 petang : Pendaftaran
  • 4.30 petang -5.45 petang : Persiapan diri
  • 5.45 petang - 7.30 malam : Pengisian sebelum berbuka puasa
  • 7.30 malam - 8.30 malam : Berbuka puasa, solat, makan
  • 8.30 malam - 9.00 malam :  Circle ukhwah of alumni
  • 9.00 malam - 10.30 malam : Solat Isya' dan tarawih di dataran KMPP
  • 10.30 malam - 11.45malam : Moreh dan Diskusi Alumni
  • 11.45 malam - 4.30 pagi : Khidmat diri
  • 4.30 pagi - 5.40 pagi : Sahur
  • 5.50 pagi - 7.00pagi : Solat subuh dan tadarus
  • 8.30pagi : Check out dari hotel KMPP
Tahniah diucapkan kepada AJK yang bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini seterusnya setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana akhirnya program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan diharapkan agar penyertaan alumni akan terus meningkat untuk program-program persatuan yang akan datang..ukhwah kerana Allah, hati tenang tanpa gundah...=)


.:: Memoirs of Majlis Berbuka Puasa Alumni KMPP ::.

 iron men & iron ladies untuk majlis buka puasa alumni


 
kemain depa sembang na...



 
Detik yang ditunggu orang yang berpuasa adalah ketika berbuka dan saat bertemu Tuhannya
Iftar, hikmah makan dalam talam..=)

 
Circle ukhwah of alumni @ diskusi dan pengenalan


Moreh..Ayuh, tambahkan kesyukuran atas nikmat yang dikurniakan


wajah-wajah alumni

dan bermacam-macam lagi la gelagat depa nie... =D


Pesanan buat semua terutamanya Alumni KMPP -ORI-
Selamat meningkatkan amal ibadah di bulan Ramadhan Kareem
~Moga kita sentiasa dalam rahmat dan keberkatanNya~


-amiin-