Monday 4 July 2011

Majlis Makan Malam Alumni KMPP 2011


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, ahkirnya blog Alumni KMPP (RASMI) ini dapat di wujudkan. Blog ini adalah medan perantaraan antara alumni untuk mengetahui perkembangan terbaru tentang program-program yang akan dijalankan oleh Jawatankuasa Alumni.

Untuk pengetahuan semua bekas pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, satu Jawatankuasa Induk telah ditubuhkan bagi menggerakkan Alumni KMPP. Jawatankuasa ini telah di tubuhkan semasa Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) sesi 2011/2012 (ambilan pertama). Berhubung dengan penubuhan ini, Ahli Jawatankuasa telah merancang untuk mengumpulkan kembali semua bekas pelajar yang pernah menuntut di KMPP.

Setelah duduk semeja dan berbincang sesama ahli jawatankuasa. Masing-masing sebulat suara untuk mengadakan sebuah majlis makan malam. Majlis makan malam ini adalah program rasmi yang pertama dan julung kali di adakan oleh Alumni KMPP. Selain mengumpulkan kembali semua bekas pelajar KMPP, majlis makan malam kali ini juga bertujuan untuk memperkenalkan Ahli Jawatankuasa Induk Alumni KMPP. selain itu,majlis ini adalah untuk mengumpulkan dana untuk tabung Alumni KMPP yang akan digunakan untuk program-program Alumni KMPP di masa akan datang.





1 comment:

  1. wat la awal sikit..ni da nak masuk sem baru..susahh

    ReplyDelete