Sunday, 5 February 2012

TAKWIM PROGRAM PERSATUAN ALUMNI KMPP 2012

Bismillahirrahmanirahim.

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua Alumni KMPP
selamat hari isnin! (^____^) 
Moga-moga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera dan hepi2 sokmo ye..

Nak habaq kt hgpa nie,
2 Februari 2012 yang lepas AJK Induk Persatuan telah 'sembang-sembang kopi'
(baca: mesyuarat) 
bagi membincangkan takwim program bagi sepanjang tahun 2012.

Memandangkan Persatuan Alumni berada di tahun pertama penubuhannya,
mesyuarat telah memutuskan TIGA program sahaja seperti berikut yang akan difokuskan untuk perlaksanaan:

1. Penerangan tentang Persatuan Alumni KMPP dan kepentingannya

2. Kenduri Sekampung

3. Kem Kepimpinan dan Team Building

Nak tahu lebih lanjut tentang program tersebut?

Klik gambar kat bawah untuk besarkan.. :)




Kalau ada pertanyaan ke.. komen ke.. penambahan idea ke..
Ehemm, nak SPONSOR ke..
boleh la contact person in charge (PIC) seperti yang tertera dalam jadual.. :)

Untuk program-program lain,
contohnya..
Majlis Berbuka Puasa
ataupun
Hari Terbuka Kolej sempena Aidilfitri
ataupun
mana-mana perancangan ad hoc yang lain..

DON'T WORRY!


kami akan habaq kat hgpa dari semasa ke semasa
hgpa takkan dilupakan
Jangan risau ye..
hehe
^^

Okiey Dokiey
Sampai di sini sahaja..
Semoga ketemu lagi dalam entry akan datang.
InsyaAllah.

Teruskan tersenyum untuk hari yang ceria dan membahagiakan!

p/s:
Buat umat Islam,
Semalam birthday Nabi Muhammad la..
Jom, banyakkan selawat!
Jadikan amalan..
Sebagai tanda ingatan kepada baginda dan juga sumber ketenangan hati
:)



Wednesday, 14 September 2011

MEMORI HARI TERBUKA AIDILFITRI KMPP 2011

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera buat semua Alumni KMPP (RASMI)

9 September 2011 menyaksikan sekali lagi pertemuan antara Alumni dalam rangka program ke-2 iaitu HARI TERBUKA AIDILFITRI KMPP 2011. Mari kita ikuti kronologi kejayaan program alumni pada hari tersebut.

Kebanyakan alumni tiba pada petang, malam, tengah malam dan berpagi-pagi satu hari sebelum majlis bermula. Pada malam 8 September, bagi alumni yang telah tiba awal bertungkus-lumus membeli barang dan segala persiapan. Sedikit tercabar apabila melihat khemah adik-adik yang mengelilingi dataran telah terhias cantik dan sangat meriah ketika kaki menjejak ke KMPP.

Majlis yang dijangka bermula pada 8.00 pagi hingga 12.00 tengahri.
Ini adalah khemah Alumni pada jam 9.33 pagi!

Kelihatan 3 biji meja dengan lokasi khemah khas alumni 
yang masih sepi di tengah-tengah dataran
Latarbelakang adalah khemah adik-adik yang "keboOmM" dengan perhiasannya
(^____^) - terbaik- (^___^)

Selepas jam 10 pagi, maka berakhirlah penantian, kekosongan dan kesepian khemah Alumni. Walaupun sedikit lewat dalam persiapan tetapi sambutan yang diterima sangat menggalakkan sama ada dari staf mahupun dari adik-adik yang sedang belajar di KMPP.

TadaAaa!!...
Ini dia menu utama yang disediakan di khemah Alumni, Yong Tau Fu dan minuman float.

ada rupa pasar tani tak?ehee...=p
kangkung tu jadi rebutan tau~

Jom, kita tengok lagi!
Memoirs of Open Day Aidilfitri KMPP

Mr.Presiden Mohd Khairul Anwar bersama penasihat utama Alumni YB Datuk Ahmad Mahfuz Najhan
sedang bersantap kambing golek secara berjemaah


Antara barisan tetamu VIP yang hadir ke khemah alumni, 
En.Tajudin bersama isterinya Puan Salbiah

Mereka yang tidak melepaskan peluang bergambar bersama pensyarah En.Fizin..
Nak kenai ka?
Dari kiri asma, syikin, syira dan najwa
muka wajib untuk setiap program alumni..tahniah! 

Kreatifnya adik-adik menghias khemah..=) 


 Yong Tau Fu beratur..glemer u~
sapa nak, sila beratuq dulu naa...
Baju biru tu orang kuat kita, iron man!
Timbalan Presiden Alumni, Mazuan @ Nor Ma


 Nie pun beratuq jugak..ayam golek, kambing golek..
Untuk staf sahaja okeh..Owh, Alumni pun boleh la..
rugi sapa tak merasa..hehe..

 3sekupang..3 sekupang..pilih2!!...ops, gurau ja ceq na..
jangan marah...antara bunga-bunga alumni yang mencantikkan suasana..(^__~)

 segan-segan pulak ye...=)

Bersungguh-sungguh menyediakan float~
Ada alumni jemputan yep..dari matrik labuan lagi..
tercapai juga objektif alumni untuk berprogram "cross matrix"
hehe..


Inilah antara barisan alumni yang hadir..
ada lagi yang hadir tapi tak masuk dalam gambar..
ini tidak adil!
hohoo..tak pa la..datang program alumni akan datang
kita snap gambaq sampai full memory..amacam?(^^,)

Okay, begitulah tamatnya kronologi program ke-2 alumni kali ini..

Walaupun mempunyai perancangan kerja masing-masing  dan juga dalam kekalutan untuk pulang ke kampus tapi itu tidak menjadi penghalang untuk kita semua bersama-sama turun padang memeriahkan dan melaksanakan program alumni. Semoga ketemu lagi dalam program yang akan datang!
 Ceria-ceria selalu! Sekian, wassalam..(^__^)




Saturday, 13 August 2011

HARI TERBUKA AIDILFITRI KMPP

KtonG!..ktOnG!..kToNg!!!

Assalamu'alaikum wbt dan Salam sejahtera buat semua.
PENGUMUMAN!

Kepada semua warga ALUMNI KMPP,
Dari batch pertama sampai laaa batch latest nih tak terkecuali..
Sukacita dimaklumkan bahawa Kolej Matrikulasi Pulau Pinang akan mengadakan HARI TERBUKA AIDILFITRI KMPP pada hari JUMAAT bersamaan 11 SYAWAL 1432 @ 9 SEPTEMBER 2011 bertempat di kolej matrikulasi pilihan pelajar, KMPP!

Alumni juga akan membuka booth pada hari tersebut..Peluang keemasan anda untuk mendapatkan cenderamata ALUMNI di samping menyalurkan sumbangan kepada tabung persatuan bagi menampung keperluan aktiviti yang akan datang.

Mai2...!! Abang2, kakak2, adik kecik, adik besar...!!!
Nak bawak pak ngan mak boleh..kalau boleh tok ngan nek pi sekali..!!
Rugi sangat aaiiihhhh kalau tak mai!(^_______~)

Boleh confirmkan kehadiran anda DI SINI atau respond event melalui Facebook di group ALUMNI KMPP (RASMI).


p/s 1 : Boleh take note dalam planner dah untuk next month event...yeah! alumni berjaya la katekan..(^_^)/

P/S 2 : Wahai sekalian umat Islam yang meraikan kehadiran Ramadhan Kareem, kita sudah memasuki Fasa 2 iaitu fasa keampunan. Ayuh, muhasabah segala kesilapan kita..Mohonlah keampunan dariNya juga bermaafanlah sesama manusia..Tanamkan azam untuk kembali pada fitrah, suci dari noda dan dosa..=)